Menu

Bab 1 Pendahuluan Dalam penyelidikan ini

April 24, 2019 0 Comment

Bab 1
Pendahuluan
Dalam penyelidikan ini, tajuk atau isu yang dikaji adalah berkaitan dengan potensi dalam Seni Doodle sebagai terapi seni dalam mengatasi isu tekanan di kalangan pelajar Seni Halus, Universiti Malaysia Kelantan. Kajian ini dibuat untuk mengenalpasti samada Seni Doodle berpotensi ataupun tidak sebagai salah satu langkah dalam terapi seni bagi mengatasi masalah tekanan yang dihadapi oleh pelajar.
Seni Doodle merupakan lukisan gambar yang dibuat secara tidak sedar dan tanpa tujuan yang tertentu. Lukisan yang dihasilkan dan dilakar boleh menjadi berbagai bentuk dan rupa seperti huruf-huruf, rupa binatang, dan atau hanya dalam bentuk abstrak sahaja. Seni Doodle juga merupakan suatu gaya menggambar dengan cara melakar. Imej yang dihasilkan kelihatan seperti abstrak di mana lakaran itu mempunyai makna dan juga tidak mempunyai makna. Kadang-kala juga, lakaran yang dihasilkan tidak memiliki bentuk yang betul tetapi kelihatan menarik dan unik. Seni Doodle ini kebiasaannya menggambarkan luahan perasaan pelukis.

Berdasarkan kajian yang ingin dikaji, penyelidikan ini dilakukan disebabkan oleh beberapa kenyataan masalah yang timbul di kalangan pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan. Antara masalahnya ialah pelajar terlalu tertekan dengan tugas sebagai seorang pelajar di mana mereka dibebani dengan lambakan tugasan dan projek yang diberikan oleh pensyarah kepada mereka. Sehubungan itu, penyelidikan ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif yang dibuat seperti mengenalpasti potensi Seni Doodle, menjelaskan jenis doodle dan kaedah dalam Seni Doodle yang boleh membantu dalam mengatasi isu tekanan dalam diri seseorang itu.
Selain itu, kajian penyelidikan ini memberi manfaat dan amat berguna kepada orang lain kerana kajian ini membantu golongan yang mencari jalan alternatif bagi mengatasi isu tekanan dalam diri mereka dan memberi pendedahan kepada orang ramai berkaitan terapi seni serta memberi peluang kepada orang lain untuk melanjutkan lagi kajian penyelidikan mengenai terapi seni, Seni Doodle dan sebagainya.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

1.1 Latar Belakang Masalah
Masalah yang ingin diatasi dalam kajian penyelidikan ini adalah berkaitan isu tekanan yang dihadapi oleh pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan. Dengan ini, satu langkah perlu diambil bagi membantu pelajar untuk mengurangkan masalah tekanan yang dihadapi oleh mereka.
Ketidakupayaan dalam meluahkan perasaan dalam diri seseorang adalah disebabkan oleh pelbagai permasalahan yang ditanggung oleh individu tersebut dan dikira terlalu berat untuk dilafazkan secara lisan apatah lagi untuk dikongsikan dengan orang lain mahupun kaunselor yang bertauliah. Oleh itu, kajian dalam mengenalpasti potensi seni Doodle sebagai salah satu medium terapi seni untuk mengatasi isu tekanan di kalangan pelajar Seni Halus boleh dilakukan.

Masalah tekanan yang dihadapi oleh pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan ini timbul disebabkan oleh mereka yang terlalu tertekan dengan tugas sebagai seorang pelajar di mana mereka perlu menyiapkan lambakan tugasan dan projek yang diberikan oleh pensyarah kepada mereka. Menurut pensyarah Seni Halus, Universiti Malaysia Kelantan iaitu Puan Nadya Ahmad Kamal, secara puratanya kursus yang perlu diambil oleh seorang pelajar Universiti Malaysia Kelantan adalah sebanyak 22 jam kredit bagi setiap semester dan boleh dibahagikan kepada lebih kurang 6-7 kursus sahaja. Setiap kursus mempunyai tugasan yang telah ditetapkan dan peperiksaan yang perlu diambil bagi mereka menamatkan pelajaran. Dan, bagi pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan ini, mereka mengambil kursus – kursus Teknologi Kreatif dan Warisan di mana mereka mempunyai projek – projek yang perlu disiapkan di samping memberi fokus kepada subjek pembelajaran yang lain. Hal ini adakalanya membebankan diri mereka.
Seterusnya, ada pelajar menjadi tertekan dengan masalah berkaitan masa yang tidak mencukupi untuk dibahagikan di antara masa belajar dan masa berehat. Ringkasnya, masalah ini boleh dilihat dari segi kegagalan pengurusan oleh pelajar itu sendiri dalam soal masa yang perlu dibahagikan untuk hal peribadi dan hal pelajaran. Walaubagaimanapun, jam untuk pembelajaran dengan jam untuk pelajar berehat secara umumnya telah dibuat penelitian oleh para pensyarah sebelum bermulanya semester. Hal ini bertujuan untuk tidak membebankan pelajar dalam menguruskan masa di antara hal pelajaran dan hal peribadi. Setiap pensyarah telah membuat penelitian dan pengrekodan maklumat tentang penggunaan jam pembelajaran yang diperlukan bagi seorang pelajar dengan mengambil berat dari segi jam untuk pelajar berehat. Jadi, perkara ini sepatutnya tidak menjadi masalah kepada pelajar-pelajar dalam mengurus masa. Oleh itu, masalah dari segi pengurusan masa ini timbul disebabkan oleh kegagalan pelajar itu sendiri dalam soal masa yang perlu dibahagikan. Selain itu juga, pelajar juga berasa tertekan dengan proses pembelajaran mereka yang mempunyai masalah kos pembiayaan yang tinggi untuk diperlukan dan ditanggung. Kos pembiayaan yang tinggi diperlukan terutamanya dalam memperolehi barang keperluan untuk setiap tugasan yang diberikan malah untuk menampung kos perbelanjaan keperluan diri sebagai seorang pelajar yang terdiri daripada kos tempat tinggal, makan dan minum serta perbelanjaan harian yang lain. Masalah seperti ini selalunya sering dihadapi oleh pelajar jurusan Teknologi Kreatif di mana mereka terdiri daripada bidang elektif Seni Halus, Reka Bentuk Perindustrian, Rekabentuk Komunikasi Visual, Animasi, Multimedia, Pengajian Skrin dan Tekstil Fesyen yang kebanyakannya mengeluarkan wang yang banyak untuk menghasilkan karya atau produk sendiri sebagai tugasan akhir yang telah ditetapkan oleh universiti.
Di samping itu, adanya punca lain yang menyebabkan pelajar berasa tertekan dan secara puratanya tidak semua pelajar menghadapi masalah seperti ini iaitu masalah peribadi. Seperti yang diketahui, masalah peribadi sebenarnya mempunyai skop yang besar seperti masalah dari segi taraf hidup yang dialami oleh pelajar yang sederhana dan miskin, dari aspek tahap kesihatan di mana sesetengah daripada mereka mempunyai penyakit, dan lain-lain. Masalah peribadi ini boleh mengakibatkan pelajar berasa sangat tertekan sekiranya tidak diselesaikan dan boleh membawa kepada kesan yang negatif. Pelajar akan lebih berdiam diri dan menyendiri jika melibatkan hal yang berkaitan dengan masalah peribadi. Mereka berasa malu dan tidak mahu berkongsi cerita akan perihal peribadi diri mereka kepada orang lain.
Disebabkan masalah tekanan yang dihadapi oleh pelajar ini, ada di antara mereka tidak berupaya untuk meluahkan perasaan secara lisan apatah lagi hendak berkongsi dengan rakan yang lain. Oleh itu, satu langkah yang sesuai boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah tekanan dalam diri mereka ini. Menerusi medium seni Doodle sebagai terapi seni, langkah ini boleh membantu mereka mengurangkan tekanan yang dihadapi dengan meluahkan perasaan mereka melalui lakaran yang hanya sekadar contengan dan melukis berbagai bentuk yang unik dan menarik bagi menggambarkan luahan ekspresi dalam diri mereka. Seni Doodle ini merupakan salah satu terapi seni yang membolehkan pelukis bebas melakar dan meluahkan apa yang dirasa oleh mereka. Adakalanya mereka terlalu asyik dan terleka dengan luahan perasaan mereka sehinggakan terbawa-bawa sampai ke dunia imaginasi mereka sendiri.1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kajian yang ingin dikaji, penyelidikan ini dilakukan disebabkan oleh beberapa kenyataan masalah yang timbul di kalangan pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan. Kebanyakan pelajar mengalami masalah tekanan disebabkan oleh pelajar terlalu dibebani dengan pelbagai tugasan dan projek yang diberikan. Selain itu, ada pelajar menjadi tertekan dengan masalah berkaitan masa di mana mereka gagal dalam menguruskan masa dengan baik sehinggakan timbul isu masa yang mereka ada tidak mencukupi untuk dibahagikan. Seterusnya, pelajar juga menjadi tertekan disebabkan memikirkan jumlah perbelanjaan yang perlu dibiayai oleh mereka dari segi keperluan diri dan perbelanjaan tugasan atau projek. Di samping itu, pelajar juga berasa tertekan disebabkan oleh masalah peribadi yang ditanggung mereka.
Oleh itu, berdasarkan pernyataan masalah yang dihadapi ini, satu cara atau langkah penyelesaian yang alternatif perlu dilakukan untuk membantu pelajar mengurangkan tekanan yang dialami oleh mereka. Langkah penyelesaian yang dilakukan perlulah berkaitan dengan bidang kreatif di mana pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan di Kampus Bachok ini merupakan salah satu pelajar dari bidang teknologi kreatif dan warisan. Bidang yang diambil lebih menjurus kepada pendekatan kreatif dan kesenian.

1.3 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dikenalpasti dalam penyelidikan ini ialah :
Adakah Seni Doodle berpotensi sebagai salah satu medium terapi seni bagi mengatasi isu tekanan di kalangan pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan?
Jenis doodle yang bagaimanakah boleh berpotensi dalam menggambar lakaran untuk dijadikan sebagai salah satu terapi seni?
Bagaimanakah Seni Doodle boleh membantu dalam mengatasi isu tekanan dalam diri seseorang itu?
1.4 Istilah Penting
Seni Doodle : lukisan gambar yang dibuat secara tidak sedar dan tanpa tujuan yang
tertentu serta menggambarkan luahan perasaan pelukis.

Terapi seni : merupakan kaedah yang boleh diterima pakai dalam profesion
kaunseling, kerja sosial dan perubatan psikiatri untuk membantu
memulihkan tekanan dalam diri seseorang.

Tekanan : istilah yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan,
panik, gemuruh, kebimbangan, kemurungan, dan hilang daya.
1.5 Hipotesis
Berdasarkan persoalan kajian yang telah dikenalpasti, beberapa andaian telah dibuat berdasarkan kajian penyelidikan ini. Antaranya ialah :
Seni Doodle amat berpotensi sebagai salah satu medium terapi seni untuk membantu mengurangkan isu tekanan di kalangan pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan.
Terdapat pelbagai jenis doodle yang berpotensi dalam menggambar lakaran untuk dijadikan sebagai salah satu terapi seni.
Seni Doodle boleh membantu dalam mengatasi isu tekanan dalam diri seseorang itu dengan cara melakar atau melukis gambar dan bentuk-bentuk yang menggambarkan reaksi ekspresi diri mereka tanpa menzahirkan dalam bentuk verbal.
1.6 Skop Kajian

Dalam kajian penyelidikan ini, skop individu yang diutamakan hanyalah daripada pelajar-pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan sahaja. Skop ini ditentukan oleh faktor jumlah pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang ramai. Oleh itu, skop kajian hanya dikecilkan dan memilih pelajar dari elektif Seni Halus. Pelajar ini tidak mengira bangsa, agama dan jantina malah merangkumi setiap peringkat semester. Batas lokasi hanya dijalankan di sekitar Universiti Malaysia Kelantan di Kampus Bachok iaitu di bawah Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan.
1.7 Tujuan / Objektif
Objektif yang didapati dalam kajian penyelidikan ini ialah,
Mengenalpasti potensi Seni Doodle sebagai salah satu medium terapi seni untuk membantu mengurangkan isu tekanan di kalangan pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan.
Menjelaskan jenis doodle yang berpotensi dalam menggambar lakaran untuk dijadikan sebagai salah satu terapi seni.
Menjelaskan kaedah dalam Seni Doodle yang boleh membantu dalam mengatasi isu tekanan dalam diri seseorang itu.
1.8 Manfaat Penyelidikan
Kajian penyelidikan ini memberi manfaat dan berguna kepada orang lain kerana,
Kajian ini akan membantu golongan yang mencari jalan alternatif bagi mengatasi isu tekanan dalam diri.
Kajian ini akan memberi pendedahan kepada orang ramai berkaitan kelebihan terapi seni dalam membantu memberi ketenangan terhadap diri seseorang individu.
Kajian ini memberi pengetahuan yang umum kepada orang ramai tentang sesuatu perkara yang baru dan yang boleh dipelajari.
Kajian ini memberi peluang kepada pelajar untuk menampilkan bakat mereka dalam melukis dan dalam bidang seni.
Kajian ini memberi peluang kepada orang lain untuk membuat kajian penyelidikan lanjutan mengenai terapi seni, Seni Doodle, dan sebagainya.
Bab 2
2.0 Kajian Pustaka
2.1 Mengenalpasti potensi Seni Doodle sebagai salah satu medium terapi seni untuk
membantu mengurangkan isu tekanan.
Seni Doodle merupakan lukisan gambar yang dibuat secara tidak sedar dan tanpa tujuan yang tertentu. Lukisan yang dihasilkan dan dilakar boleh menjadi berbagai bentuk dan rupa seperti huruf-huruf, rupa binatang, dan atau hanya dalam bentuk abstrak sahaja. Seni Doodle juga merupakan suatu gaya menggambar dengan cara melakar. Imej yang dihasilkan kelihatan seperti abstrak di mana lakaran itu mempunyai makna dan juga tidak mempunyai makna. Kadang- kala juga, lakaran yang dihasilkan tidak memiliki bentuk yang betul tetapi kelihatan menarik dan unik. Seni Doodle ini kebiasaannya menggambarkan luahan perasaan pelukis.
Seni Doodle memiliki sejarahnya yang tersendiri. Hal ini dapat dilihat di dinding-dinding gua pada zaman dahulu. Terdapat pelbagai coretan dan lakaran gambar pada dinding-dinding gua. Itu adalah salah satu daripada gaya Seni Doodle yang paling tertua, di mana Seni Doodle ini dijadikan alat untuk menceritakan sebuah kisah turun-temurun sebelum manusia mengenal apa itu tulisan. Sekarang, Seni Doodle semakin berkembang dari hari ke hari dan kini bentuknya lebih abstrak dan mempunyai keunikan yang tersendiri.

Rajah 2.1 Lukisan doodle di dinding gua
( sumber : CITATION Doo17 l 1033 (Doodle Art dan Pengertian Sejarah) )

Rajah 2.2 Lukisan doodle oleh Jim Bradsha
( sumber : CITATION Doo17 l 1033 (Doodle Art dan Pengertian Sejarah) )

Rajah 2.3 Lukisan doodle oleh Zulaiha
( sumber : Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan )
Menurut AATA (American Art Therapy Association), terapi seni itu sendiri dapat diertikan sebagai suatu kegiatan terapeutik yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu dibawah semua peringkat umur.
Terapi seni sama ada melalui lukisan, seni tanah liat, kolaj, montaj, stensil dan lain-lain dapat membantu seseorang meluahkan perasaan terpendam. Terapi seni adalah dua patah perkataan yang berbeza. Terapi bermaksud rawatan sesuatu penyakit fizikal, mental dan emosi secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan. Seni pula adalah suatu luahan kreativiti serta memerlukan keunggulan daya cipta manusia seperti seni lukis, seni ukir, seni bina, seni dalam bidang penulisan, seni fotografi, seni media visual lain.
Terapi ini berasaskan keyakinan bahawa proses kreatif seperti menggambar, melukis, atau karya-karya lain kesenian bersifat menyembuhkan dan menguatkan kehidupan manusia. Bagi sesetengah orang, trauma psikologi amat sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Oleh itu, terapi seni boleh menjadi satu kaedah untuk meluah dan menggambarkan emosi dan perasaan mereka yang terlalu menyakitkan jika diungkapkan dengan kata-kata. Begitu juga dengan seseorang yang mengalami masalah tekanan. Ada sesetengah daripada mereka tidak berupaya untuk meluahkan apa yang dirasa jadi mereka boleh menghilangkan tekanan dengan menggunakan Seni Doodle sebagai medium terapi seni bagi membantu mereka.
Melalui kaitan antara Seni Doodle dengan terapi seni ini, ia mempunyai hubungan yang saling berkait dimana terapi seni yang dimaksudkan adalah tentang seni seperti lukisan, kraf, nyanyian, tarian dan sebagainya. Seni Doodle dikategorikan sebagai salah satu elemen dalam terapi seni di mana ia merupakan sebuah lukisan. Dan perkara ini menyokong bahawa Seni Doodle ini membantu sebagai salah satu medium terapi seni bagi mengatasi isu tekanan yang dihadapi.
Kajian dalam ” Terapi Seni Alternatif Bantu Pulihkan Tekanan ” dari Universiti Utara Malaysia membincangkan untuk mencari satu kaedah yang boleh digunakan untuk menyelami perasaan pesakit atau individu yang mengalami tekanan dalam ketidakupayaan meluahkan perasaan dalam diri disebabkan oleh pelbagai permasalahan yang ditanggung individu terbabit dan dikira terlalu berat untuk dilafazkan secara lisan apatah lagi untuk dikongsi dengan orang lain atau kaunselor yang bertauliah. Hal ini ditekankan oleh salah seorang pakar psikologi dan kaunseling iaitu, Prof Madya Mohd Makzan Musa daripada Program Psikologi dan Kaunseling di Pusat Pengajian Pembangunan Sosial ( SSD ), Universiti Utara Malaysia telah menggunakan satu kaedah iaitu melalui Art Therapy atau Terapi Seni.
Menurut beliau, pendekatan Terapi Seni ini merupakan kaedah yang boleh diterima pakai dalam profesion kaunseling, kerja sosial dan perubatan psikiatri untuk membantu memulihkan tekanan dalam diri seseorang. Individu yang kebiasaannya menjalani terapi tersebut selalunya memendam perasaan dan sukar untuk meluahkan melalui percakapan atau perbuatan. Oleh itu, kaedah yang perlu dilakukan ialah dengan meminta mereka melukis apa-apa sahaja yang mereka ingin lukis dengan coretan pensel warna. Daripada hasil lukisan itu, pakar terapi mendapati jawapan di sebalik mengapa mereka membuat lakaran itu dan daripada situ, mereka telah menceritakan apa yang mereka rasa.

Kajian ini dikendalikan di dalam sebuah Program Information Overload Syndrome (IOS) anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Tradewinds, Universiti Utara Malaysia , pada bulan Oktober 2015. Program tersebut mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada mahasiswa UUM yang hadir untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai terapi seni. Salah seorang peserta, Surana Abdul Samad berpendapat kaedah ini dapat membantu merangsang minda seseorang dan dalam masa yang sama menonjolkan personaliti sebenar dalam diri melalui lukisan mereka sendiri.
Kajian ini mempunyai perkaitan yang sama dalam aspek pendekatan, masalah, dan kaedah yang digunakan dalam kajian penyelidikan yang akan dilakukan. Kajian ” Terapi Seni Alternatif Bantu Pulihkan Tekanan ” mencari langkah alternatif dalam menangani masalah yang ditanggung oleh seseorang dan satu medium yang sama telah digunakan iaitu melalui Terapi Seni. Langkah ini dikaji untuk melihat tahap tindak balas responden iaitu pelajar dalam mengurangkan tekanan yang dihadapi melalui Terapi Seni yang lebih membuatkan mereka berasa selesa untuk meluahkan perasaan dalam diri mereka.
Kajian yang lain seperti ” Terapi Seni Dalam Kaunseling Pelajar Pintar dan Berbakat ” oleh Rafidah Kastawi dan Noriah Mohd Ishak ini membincangkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar pintar dan berbakat ini dan langkah untuk membantunya. Justeru, terapi seni dilihat sebagai salah satu pendekatan yang boleh digunakan untuk menangani masalah-masalah yang berkaitan. Hal ini kerana, prestasi dan keupayaan yang tinggi oleh pelajar dalm bidang keupayaan intelektual, pemikiran kreatif, bakat dalam seni visual dan persembahan membolehkan pengkaji menjalankan kajian ini. Latihan intensif yang dikendalikan oleh pengkaji merupakan aplikasi terapi seni iaitu melukis, membentuk tanah liat, dan menghasilkan kolaj. Dalam kaedah melukis, pelajar menggambarkan lukisan yang dihasilkan sebagai dirinya yang sedang dalam keadaan tertekan kerana berhadapan dengan pelbagai masalah. Di samping itu, penggunaan teknik shading dan warna dimasukkan bagi menggambarkan emosi dan ekspresi diri. Hal ini membawa kepada kesan yang positif di mana dengan kaedah melukis ini boleh membantu dalam mengurangkan tekanan yang dialami.
Kajian berkenaan memberi penjelasan yang sama dari segi kajian yang ingin dijalankan dimana kaedah melukis digunakan sebagai medium terapi seni dalam mengatasi masalah tekanan. Dalam kajian yang ingin dijalankan ini, Seni Doodle digunakan untuk melihat potensinya sebagai salah satu medium dalam terapi seni.
2.2 Menjelaskan jenis doodle yang berpotensi dalam menggambar lakaran untuk
dijadikan sebagai salah satu terapi seni.
Kajian oleh Tesi Putri Juwita yang telah dibuat pada tahun 2013 dijalankan untuk membantu mengatasi masalah kanak-kanak yang mengalami masalah dalam pergerakan anggota tangannya iaitu tidak dapat melukis lakaran berbentuk lingkaran, zig zag, lengkung, huruf dan angka. Dari permasalahan ini, satu alternatif yang dapat membantunya adalah melalui aktiviti doodling. Antara contoh doodling yang diperolehi daripada kajian ialah doodle berupa gambar, berupa coretan dan berupa berwarna. Doodling ini adalah yang paling mudah bagi kanak-kanak yang baru belajar bagaimana untuk melakar. Justeru, Doodle membantu kanak-kanak dalam mengembangkan pergerakan anggota badan mereka terutamanya tangan di samping membantu dalam meransang emosi mereka.
Sehubungan dengan itu, kajian ini memberi kaitan di mana adanya pelbagai jenis doodle yang berpotensi dalam menggambar lakaran Seni Doodle ini. Seni Doodle sebenarnya terdiri daripada tiga teknik iaitu unplanned doodle atau disebut sebagai teknik menggambar doodle dengan cara spontan dan tanpa lakaran. Seterusnya ialah semi unplanned doodle iaitu teknik menggambar doodle secara spontan tetapi menggunakan lakaran terlebih dahulu. Dan yang akhir ialah planned doodle atau disebut teknik menggambar yang menggunakan lakaran agar lukisan yang terhasil lebih tersusun. Di samping itu, terdapat pelbagai jenis doodle yang boleh digambarkan dan antaranya ialah zentangle, zendoodling, stendoodling, mandalas dan Seni Doodle yang biasa. Kebanyakannya gambaran lakaran doodle adalah bergantung kepada individu yang melakarnya itu sendiri di mana mereka bebas melakar doodle yang pelbagai jenis bagi menggambarkan emosi dan ekspresi di dalam diri mereka.

Rajah 2.4 Jenis doodle Zendoodling
( sumber : CITATION Wha16 l 1033 (What Are The 5 Style of Doodling, 2016) )

Rajah 2.5 Jenis doodle Mandala
( sumber : CITATION Wha16 l 1033 (What Are The 5 Style of Doodling, 2016) )
2.3 Menjelaskan kaedah dalam Seni Doodle yang boleh membantu dalam mengatasi
isu tekanan dalam diri seseorang.
Melalui kajian ” Terapi Seni Melalui Melukis kepada Pasien Skizofrenia dan Ketergantungan Narkoba ” oleh Sarie Rahma Anoviyanti , membincangkan berkaitan dengan kaedah melukis yang sebenarnya membantu seseorang itu berasa tenang terhadap diri mereka sendiri. Melukis sebagai terapi berkait dengan aspek kontemplatif atau sublimasi. Kontemplatif atau sublimasi merupakan satu cara atau proses yang bersifat menyalurkan atau meluahkan segala sesuatu yang bersifat kejiwaan seperti perasaan dan memori. Aspek ini merupakan salah satu fungsi seni yang dimanfaatkan secara optimal pada setiap sesi terapi.
Dalam konteks ini, kajian lepas ini menunjukkan satu persamaan yang lebih kurang sama berkenaan dengan kajian penyelidikan kini yang mana Seni Doodle boleh membantu seseorang itu dalam meluahkan segala sesuatu yang bersifat kejiwaan seperti perasaan melalui melukis gambar-gambar dan bentuk-bentuk yang diingini oleh seseorang individu itu.

Dalam kajian ” Terapi Melukis Terhadap Kognitif Pasien Skizofrenia di Rumah Sakit Jiwa Sambang Lihum ” oleh Norsyehan, Dhian Ririn Lestari, dan Yeni Mulyani pula, mengkaji pengaruh terapi seni melukis terhadap kognitif pesakit Skizofrenia . Terapi lukis adalah salah satu pilihan terapi efektif untuk Skizofrenia. Aliran lukisan utama Skizofrenia ialah ekspresionis kerana ada perhubungan sesuai dalam keinginan untuk menceritakan kepedihan hidup. Terapi lukis banyak digunakan untuk terapi pesakit yang menderita tekanan, gangguan dan Skizofrenia. Hasil daripada penelitian kajian lepas ini, pesakit yang menjalani sesi terapi melukis ini mengalami kemajuan yang sangat baik.
Perkara ini memberi penjelasan dimana terapi lukis sangat membantu dalam proses pengurusan ekspresi, emosi dan memori seseorang itu. Justeru, Seni Doodle dalam konteks ini menunjukkan potensi dalam terapi seni untuk membantu mengurangkan masalah tekanan dalam diri seseorang. Hal ini dapat dilihat dengan cara melukis atau melakar sesuatu bentuk yang menggambarkan reaksi diri mereka tanpa berkata apa-apa.

Bab 3
3.0 Metodologi
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai kes atau ‘ multi-case ‘ yang berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini berbentuk kuantitatif di mana pengumpulan data dari segi rajah dan jadual diguna untuk dianalisis. Kajian dalam bentuk kualitatif pula diguna untuk mendapatkan data yang melibatkan teori dan hasil kajian lepas untuk dibuat pemerhatian. Data ini didapati daripada kajian teori berkaitan tajuk yang dikaji dan kajian dari artikel yang berkaitan.
Kaedah yang akan digunakan dalam mendapatkan data adalah melalui random sampling yang mempunyai beberapa kategori. Kategori yang dipilih untuk menjalankan mengikut kaedah ini ialah simple random sampling. Kajian ini memilih 30 orang pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan untuk disoal selidik, dan ditemubual untuk mendapatkan data yang ingin dikaji dan memberikan maklum balas terhadap proses penyelidikan menggunakan terapi seni iaitu melukis dan melakar Doodle berdasarkan template doodle yang diberikan.
3.1 Batasan Kajian
Batasan kajian ini diklasifikasikan dari segi subjek yang dikaji, lokasi kajian, dan umur responden yang dikaji dalam penyelidikan ini. Tujuan batasan kajian adalah untuk melimitasikan kajian penyelidikan ini agar tidak tersasar dan mempunyai skop yang telah dihadkan.
3.1.1 Batasan Subjek Kajian / Populasi
Kajian yang ingin dilakukan adalah untuk mengkaji potensi Seni Doodle sebagai salah satu medium Terapi Seni bagi mengatasi isu tekanan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Kelantan. Sehubungan dengan itu, populasi dalam kajian yang ingin dijalankan ini merupakan pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang sedang menyambung pelajaran mereka di universiti ini. Pelajar ini dikategorikan sebagai populasi utama. Walaubagaimanapun, kajian ini lebih memfokuskan dan mengehadkan kepada pelajar Seni Halus sahaja untuk dijadikan subjek kajian.
Subjek kajian merupakan 30 orang pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang berumur dalam linkungan umur 20 tahun hingga 27 tahun. Pemilihan pelajar ini dipilih secara rawak tanpa mengira umur dan peringkat tahun pelajar samada tahun pertama, kedua, ketiga atau keempat.
3.1.2 Batasan Lokasi Kajian / Sasaran Populasi.
Sasaran populasi ialah pecahan kecil kepada keseluruhan jumlah pelajar atau tempat dimana penyelidik akan menjalankan kajian. Hal ini kerana bagi memudahkan penyelidik membuat had batasan lokasi kajian dan pengurangan bilangan pelajar daripada keseluruhan. Oleh itu, kajian ini dijalankan di Universiti Malaysia Kelantan iaitu di Kampus Bachok kerana kampus ini merupakan Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan di mana pelajar-pelajar di sini merupakan pelajar dalam jurusan seni. Faktor ini bersesuaian dengan tajuk kajian yang ingin dikaji.
3.1.3 Batasan Umur Responden
Dalam kajian ini, responden yang dipilih untuk disoal selidik adalah pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan. Mereka berada dalam linkungan umur antara 20 tahun hingga 27 tahun di mana mereka merangkumi kesemua peringkat tahun di kampus ini. Responden yang dipilih tidak terbatas kepada satu peringkat umur sahaja kerana ingin mendapatkan tahap keputusan yang berbeza dari segi pendapat dan pemikiran mereka dalam kajian penyelidikan ini.3.2 Kaedah Persampelan
Kaedah persampelan (sampling method) merujuk kepada proses dalam memilih individu daripada sasaran populasi. Dalam kajian yang ingin dijalankan, persampelan rawak (random sampling) digunakan iaitu proses pemilihan sampel daripada sasaran populasi dimana sasaran ini mempunyai peluang yang sama rata untuk dipilih sebagai sampel atau responden.

3.2.1 Persampelan Rawak Mudah (simple random sampling)
Kajian penyelidikan ini akan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah dimana kesemua nama pelajar Seni Halus disenaraikan dalam satu kertas yang panjang dan seorang wakil diminta untuk memilih 30 nama secara rawak tanpa mengira dari segi umur , jantina atau latar belakang sosial. Oleh itu, jumlah responden yang akan dipilih dengan kaedah persampelan rawak mudah adalah seramai 30 orang pelajar Seni Halus daripada keseluruhan jumlah pelajar iaitu 97 orang pelajar.
Berdasarkan permasalahan yang dikaji, 30 orang pelajar yang dipilih itu akan disoal selidik, dan ditemubual untuk mendapatkan data yang ingin dikaji bagi mengetahui samada kajian ini membantu mereka atau tidak dalam mengatasi isu tekanan dalam diri mereka. Kesemua pelajar ini diminta untuk mengisi Borang Soal Selidik ” Potensi Seni Doodle Dalam Mengurangkan Tekanan”. Langkah ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengurangan masalah tekanan berdasarkan masalah yang mereka hadapi. Selain itu, pelajar-pelajar ini diminta untuk memberikan maklum balas terhadap proses penyelidikan menggunakan terapi seni iaitu melukis dan melakar Doodle atas kreativiti diri berdasarkan template doodle yang diberikan untuk menggambarkan luahan ekspresi perasaan mereka.
3.3 Data
3.3.1 Jenis Data
Data boleh dikumpul dan diperoleh melalui dua sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer adalah secara langsung dan utama seperti temu bual responden secara langsung manakala sumber sekunder adalah sumber yang diperolehi daripada gambar-gambar atau dokumen bertulis samada dari perpustakaan ataupun laman web.
Data Primer
Bentuk Data Lokasi Teknik Mendapatkan Data
1.Data dokumen bertulis (pendapat) Kampus Bachok, Universiti Malaysia Kelantan Menggunakan borang kaji selidik
2.Data visual (gambar lukisan Doodle) Studio Seni Halus, Kampus Bachok, Universiti Malaysia Kelantan Mengambil gambar karya
3.Data dokumen bertulis (pendapat) Bilik Pensyarah, Kampus Bachok, Universiti Malaysia Kelantan Rekod perbualan pendapat daripada Puan Nadya Ahmad Kamal, pensyarah Seni Halus
Data Sekunder
Bentuk Data Lokasi Teknik Mendapatkan Data
1.Data dokumen bertulis ( akhbar Utusan ) Laman web Fotokopi
2.Data dokumen bertulis ( tesis ) Laman web Fotokopi, catatan
3.Data dokumen bertulis ( artikel atau jurnal ) Laman web Fotokopi, catatan
3.3.2 Alat Untuk Memperoleh Data
Untuk memdapatkan data, pelbagai jenis alat yang diperlukan untuk memudahkan kajian penyelidikan dijalankan dan antaranya ialah :
Jenis Data Yang Ingin Didapati Alat Yang Digunakan
1.Pendapat responden atau pakar Borang kaji selidik, buku catatan
2.Gambar karya Doodle Kamera
3.Dokumen bertulis ( artikel, tesis, akhbar ) Komputer riba, buku catatan
3.4 Diagram Proses Kajian Penyelidikan
3535957620Masalah kajian
Masalah kajian

12636503248500
3118485101065Kajian pustaka
Kajian pustaka
273885522796536693095250Persoalan kajian
Persoalan kajian

12903202159000
55975252109205986780201295004023360374650002758440203100314716055880Tujuan/ objektif
Tujuan/ objektif
37264555880Hipotesis/ andaian
Hipotesis/ andaian

1588770369570Kaedah yang digunakan
Kaedah yang digunakan

60706072925
574611580444504238525699135Hasil kajian
0Hasil kajian
37458658332201807745689610Menganalisis data
0Menganalisis data
1329690812065125128680753Data
0Data

Rajah 3.1 Proses kajian penyelidikan
Diagram di atas menunjukkan proses kajian penyelidikan dari langkah pertama sehingga langkah yang terakhir. Untuk menjalankan kajian penyelidikan ini, masalah yang timbul perlu dikaji dan dinyatakan bagi mencari langkah penyelesaian kepada kajian penyelidikan yang dilakukan. Daripada masalah yang dinyatakan, beberapa persoalan boleh dibuat dan sedikit kajian daripada teori dan tesis berkenaan dengan isu boleh dihuraikan dan dikupas untuk menyokong isu yang dikaji dan dimasukkan sebagai kajian pustaka. Kemudiannya, beberapa andaian boleh dibuat untuk menjawab segala persoalan yang timbul dan seterusnya, tujuan atau objektif utama kajian ini dilakukan boleh dikenalpasti dan dapat dijelaskan.
Dalam memperolehi data yang cukup, beberapa kaedah telah digunakan dan dikumpul untuk menganalisis kesemua data yang ada dan akhirnya memperolehi keseluruhan hasil kajian yang menepati tujuan dan objektif utama kajian penyelidikan ini dijalankan.
3.5 Carta Alir Kajian Penyelidikan
1983105131000Mengenalpasti masalah kajian
00Mengenalpasti masalah kajian

29565601782450
2955735575627502958465507028502973441434857902963990368554002966646301145802968815236029502971726170964302974150109410502953830478790010299706074855Pengumpulan dan penghasilan karya dari dapatan kajian
00Pengumpulan dan penghasilan karya dari dapatan kajian
19939005368100Penulisan laporan kajian
00Penulisan laporan kajian
4732654670425Memberi cadangan dan membuat kesimpulan serta penerbitan dalam jurnal
00Memberi cadangan dan membuat kesimpulan serta penerbitan dalam jurnal
15462253980625Menganalisis data yang diperolehi
00Menganalisis data yang diperolehi
15392403292285Mengedarkan borang soal selidik
00Mengedarkan borang soal selidik
13716002631250Penghasilan modul karya dari dapatan kajian
00Penghasilan modul karya dari dapatan kajian
15284451975930Penulisan proposal / draf yang diperolehi
00Penulisan proposal / draf yang diperolehi
16814801352360Menganalisis data yang diperolehi
00Menganalisis data yang diperolehi
1980565125730Memilih tajuk kajian
00Memilih tajuk kajian
1681480742125Pengumpulan data secara primer
00Pengumpulan data secara primer

Rajah 3.2 Carta Alir Kajian Penyelidikan
Bab 4
4.0 Analisis Data
4.1 Data Bentuk Kualitatif
Kajian dalam bentuk kualitatif diguna untuk mendapatkan data yang melibatkan teori dan hasil kajian lepas untuk dibuat pemerhatian. Dalam kajian penyelidikan ini, teori yang digunakan adalah berdasarkan daripada teori Carl Gustav Jung iaitu seorang yang pakar dalam psikologi.
Pendekatan dalam teori Carl Gustav Jung ini mempunyai beberapa kaitan dalam pengumpulan data bagi kajian penyelidikan ini. Menurut teori Carl Jung , psyche ( jiwa ) adalah kesatuan yang di dalamnya mempunyai semua tentang fikiran, perasaan, dan tingkah laku samada dalam keadaan sedar atau dalam tidak sedar dan saling berinteraksi antara satu sama lain.
Dalam teorinya, Jung membahagikan psyche kepada tiga bahagian dan yang pertama ; ego iaitu jiwa yang berada dalam keadaan sedar yang terdiri daripada persepsi, ingatan, fikiran, dan perasaan. Kedua ; alam bawah sedar personal ( personal unconscious ) iaitu terdiri daripada pengalaman – pengalaman yang pernah dialami tetapi dilupakan dan diabaikan dengan cara repression atau suppression. Ketiga ; alam bawah sedar kolektif ( collective unconscious ) iaitu satu ingatan yang diwariskan dari masa lampau seseorang yang tidak hanya tentang sejarah ras manusia. Bentuk fikiran ini menciptakan gambaran – gambaran yang berkaitan dengan aspek – aspek kehidupan yang dianuti oleh generasi tertentu.
Menurut teori psikoanalisis dari Jung, terdapat dua aspek penting dalam keperibadian iaitu sikap dan fungsi. Sikapnya terdiri daripada introvert dan ekstrovert , manakala fungsi dari sikap ini terdiri daripada thinking, feeling, sensing, dan intuiting.
Dalam kajian penyelidikan ” Potensi Seni Doodle Dalam Membantu Mengurangkan Masalah Tekanan Dalam Diri ” ini, aspek yang terdapat dalam teori Carl Jung mempunyai kaitan dalam pengumpulan data yang ingin dikaji. Perkara ini dapat dilihat dalam salah satu tipologi Jung yang telah dikemukakan iaitu seseorang yang terdorong dengan introversion – feeling ini berpengalaman dalam emosi yang kuat tetapi mereka menutupnya. Contoh seseorang yang dominan kepada sikap introvert dan fungsi feeling ini adalah seniman dan penulis, di mana mereka mengekspresikan perasaan dalam bentuk seni.
Teori Carl Jung yang berkenaan memberi penjelasan yang sama dari segi kajian yang ingin dijalankan di mana medium terapi seni seperti melukis boleh membantu dalam mengekspresikan perasaan yang tidak dapat diluahkan dalam bentuk lisan tetapi diluah dalam bentuk seni.
4.1.1 Kerangka Teori Carl Jung
Ekstrovert – Introvert
3190875285115027527250Ekstrovert
00Ekstrovert

421957541275020288255080002038350508001571625184785Rasional
00Rasional
3800475175260Irrasional
00Irrasional

42291001016000473392524447503685540254000368617525400002476500244475014376402444752047875111125014382752444750
431482510795Intuition
00Intuition
327660020320Sensation
00Sensation
203835010795Thinking
00Thinking
102870010795Feeling
00Feeling

Ekstrovert – Introvert
3190875285115027527250Introvert
00Introvert

421957541275020288255080002038350508001571625184785Rasional
00Rasional
3800475175260Irrasional
00Irrasional

42291001016000473392524447503685540254000368617525400002476500244475014376402444752047875111125014382752444750
431482510795Intuition
00Intuition
327660020320Sensation
00Sensation
203835010795Thinking
00Thinking
102870010795Feeling
00Feeling

Rajah 4.1 Kerangka Teori Carl Jung

4.2 Data Bentuk Kuantitatif
Kajian dalam bentuk kuantitatif diguna untuk pengumpulan data dari segi rajah dan jadual untuk dianalisis. Pengumpulan data ini diperolehi daripada hasil dapatan borang soal selidik oleh 30 orang responden daripada jumlah keseluruhan pelajar Seni Halus.
4.2.1 Pengumpulan Data Dari Soal Selidik
Pengumpulan data daripada borang soal selidik yang diedarkan meliputi 4 bahagian iaitu, latar belakang responden, kefahaman konsep seni doodle, masalah tekanan yang dihadapi, dan pendapat serta pandangan responden tentang seni doodle sebagai salah satu medium terapi seni.
Bahagian A – Soal Selidik Berkaitan Dengan Latar Belakang Responden
Soalan 1 Jantina

Rajah 4.2 Jantina
Secara keseluruhannya, majoriti responden yang memberi maklum balas berkaitan soal selidik yang dikaji adalah daripada golongan perempuan dengan peratus 67% berbanding dengan golongan lelaki iaitu sebanyak 33%.
Soalan 2 Umur

Rajah 4.3 Umur
Secara keseluruhannya, bagi peringkat umur majoritinya responden berumur di kalangan dari 21 tahun sehingga 24 tahun dengan peratus sebanyak 97%. Manakala selebihnya adalah responden yang berumur 25 tahun ke atas.

Soalan 3 Bangsa

Rajah 4.4 Bangsa
Berdasarkan data yang dikumpul, bangsa Melayu merupakan yang dominan dalam memberi maklum balas berkaitan soal selidik ini iaitu sebanyak 83%. Manakala bagi bangsa Cina dan lain – lain adalah sama rata jumlahnya iaitu 7% tetapi bagi bangsa India pula hanya sedikit iaitu 3% disebabkan faktor jumlah pelajar bangsa India yang tidak ramai.
Soalan 4 Tahun Pengajian

Rajah 4.5 Tahun Pengajian
Secara keseluruhannya, majoriti responden yang memberi maklum balas berkaitan soal selidik ini adalah merupakan pelajar dari tahun keempat dalam pengajian dengan peratus sebanyak 47% dan diikuti dengan pelajar dari tahun ketiga iaitu 43%. Manakala responden dari pelajar tahun kedua hanya sedikit iaitu 10%.
Bahagian B Soal Selidik Berkaitan kefahaman Konsep Seni Doodle
Soalan 1 Adakah anda mengetahui konsep Seni Doodle iaitu lukisan gambar yang
dibuat secara tidak sedar dan tanpa tujuan yang tertentu dalam berbagai
bentuk dan rupa seperti huruf – huruf,rupa bintang , dan dalam bentuk
abstrak?

Rajah 4.6 Kefahaman Konsep Seni Doodle 1
Secara keseluruhannya, majoriti responden dengan peratus sebanyak 83% menyatakan mereka mengetahui tentang konsep Seni Doodle iaitu Doodle merupakan lukisan gambar yang dibuat secara tidak sedar dan tanpa tujuan yang tertentu dalam berbagai bentuk dan rupa seperti huruf – huruf, rupa binatang, dan dalam bentuk abstrak.

Soalan 2 Adakah anda mengetahui terdapat berbagai jenis doodle seperti
“planned doodle”, “unplanned doodle”, dan “semi – unplanned doodle”
secara umumnya dan jenis doodle yang lain seperti mandalas, zentangle,
zendoodling, dan sebagainya?

Rajah 4.7 Kefahaman Konsep Seni Doodle 2
Berdasarkan data yang dikumpul, dengan peratus sebanyak 50% adalah merupakan responden yang menyatakan mereka mengetahui terdapatnya berbagai jenis doodle seperti “planned doodle”, “unplanned doodle”, dan “semi-unplanned doodle” secara umumnya dan terdapat juga jenis doodle yang lain seperti mandalas, zentangle, zendoodling dan sebagainya. Manakala sebanyak 23% orang responden tidak mengetahuinya dan sebanyak 27% orang responden tidak pasti tentang jenis doodle.
Soalan 3 Adakah anda mengetahui dengan melakar Doodle ia dapat
menggambarkan luahan emosi seseorang itu?

Rajah 4.8 Kefahaman Konsep Seni Doodle 3
Secara keseluruhannya, majoriti responden dengan peratus sebanyak 74% mengetahui tentang dengan melakar Doodle, ia dapat menggambarkan luahan emosi seseorang itu. Manakala sebanyak 13% orang responden tidak mengetahui dan tidak pasti tentangnya.
Bahagian C Soal Selidik Berkaitan Masalah Tekanan Yang Dihadapi
Soalan 1 Dibebani masalah tugasan dan projek universiti.

Rajah 4.9 Masalah Tekanan 1
Berdasarkan data yang dikumpul, dengan peratus sebanyak 56.7%, majoriti responden bersetuju mereka mengalami tekanan dibebani masalah tugasan dan projek universiti.
Soalan 2 Tertekan dengan masalah masa yang tidak mencukupi untuk
dibahagikan.

Rajah 4.10 Masalah Tekanan 2
Secara keseluruhannya, majoriti responden bersetuju mereka tertekan dengan masalah masa yang tidak mencukupi untuk dibahagikan dengan peratus sebanyak 46.7%.
Soalan 3 Tertekan dengan jumlah perbelanjaan dari segi keperluan diri dan
tugasan.

Rajah 4.11 Masalah Tekanan 3
Secara keseluruhannya, majoriti responden juga menyatakan mereka sangat setuju mengalami tekanan dengan jumlah perbelanjaan dari segi keperluan diri dan tugasan dengan peratus sebanyak 46.7% manakala yang bersetuju sebanyak 43.3% dan yang kurang setuju adalah sebanyak 10%.
Soalan 4 Tertekan dengan masalah peribadi.

Rajah 4.12 Masalah Tekanan 4
Majoriti responden dengan peratus sebanyak 33.3% menyatakan kurang setuju bahawa mereka mengalami tekanan dalam masalah peribadi. Manakala hanya dalam 20% responden menyatakan sangat setuju dan setuju tetapi sebanyak 23.4% responden tidak bersetuju dan hanya dalam 3% menyatakan sangat tidak setuju.
Bahagian D Soal Selidik Berkaitan Pendapat Dan Pandangan Tentang Seni Doodle
Soalan 1 Pada pandangan anda, adakah Seni Doodle sesuai dijadikan salah
satu jalan alternatif sebagai medium dalam terapi seni?
Responden 1 – Sesuai.
Responden 2 – Sesuai, lukisan berulang – ulang dengan corak yang dihasilkan boleh dijadikan sebagai alternatif untuk meluahkan tekanan selain dapat mengurangkan beban masalah yang dihadapi.

Responden 3 – Boleh jugak.Responden 4 – Tidak sesuai juga kerana Seni Doodle adalah satu lakaran seni yang berkonsep pemikiran yg fantasi. Ia sebuah khayalan yg bermain di minda seseorang yang hanya menjadikan seni tersebut sebagai keunikan lakaran corak dan reka bentuk tersebut.

Responden 5 – Sesuai dan boleh diterima masyarakat dan netizen.Responden 6 – Ya kerana ia menenangkan pemikiran kita dengan mengisi ruang kosong menggunakan hanya elemen garisan.

Responden 7 – Ya. Bagus untuk menjana minda kreatif ke arah seni bebas.Responden 8 – Pada pendapat saya, perlu. Ini adalah kerana seseorang itu mampu mengekspresi tekanan mereka dengan melekakan diri menghasilkan sesuatu kerja berbentuk visual.Responden 9 – Ya. Kerana Seni Doodle banyak menggunakan simbol atau karakter- karakter yang mudah tetapi padat.

Responden 10 – Ya. Selain alternatif sebagai medium dalam terapi seni ia juga boleh dijadikan sebagai satu hobi pada masa lapang.
Secara keseluruhannya, majoriti berpendapat Seni Doodle sesuai dijadikan salah satu jalan alternatif sebagai medium dalam terapi seni kerana Seni Doodle adalah satu lakaran seni yang berkonsepkan pemikiran yang fantasi. Ia merupakan sebuah khayalan yang bermain di minda seseorang yang hanya menjadikan seni tersebut sebagai keunikan lakaran corak dan reka bentuk tersebut. Di samping itu, ia sesuai kerana menenangkan pemikiran kita dengan mengisi ruang kosong menggunakan elemen garisan.
Soalan 2 Adakah melakar Doodle membantu mengurangkan masalah
tekanan dalam diri anda? Sekiranya ya, apakah tahap pengurangan
tekanan yang dialami?
Responden 1 – Tidak.

Responden 2 – Ya, Doodle mampu mengurangkan tekanan saya dalam pembelajaran.Responden 3 – Ya, dapat mengurangkan rasa kebosanan semasa membuat sesuatu kerja secara berterusan, Sesuai jika seseorang minat melukis doodle selain jenis lukisan lain.

Responden 4 – Berkesan.
Responden 5 – Ya, apabila melukis merupakan satu minat. Lukisan yang berulang – ulang dan corak yang menarik dapat memanfaatkan masa saya dengan perkara yang berfaedah. Masa untuk memikirkan masalah atau keserabutan akibat tekanan kerja atau belajar dapat dikurangkan.Responden 6 – Mungkin juga sebab saya suka melukis. Bila saya melukis saya rasa tenang.Responden 7 – Ya kerana si pelukis itu meletakkan dirinya di dalam lakaran tersebut untuk mewujudkan mood yang positif yang boleh mengembalikan keceriaan beliau dengan gambaran fantasi lakaran tersebut. Antaranya emosi dalam pendirian diri dengan persekitaran yang kurang baik.Responden 8 – Ya, sederhana.Responden 9 – 50% tekanan mampu berkurang.
Responden 10 – Ya, ia mengambil fikiran saya buat sementara dari memikirkan tentang perkara-perkara yang menekankan saya seperti tugasan yang susah.

Responden 11 – Ya, pengurangan dari segi tekanan yang dialami. Apabila seseorang meluahkan perasaan melalui seni kreatif, mereka secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan perasaan yang dihadapi, tekanan emosi dan sebagainya.Responden 12 – Bergantung pada orang yang minat doodle. Kalau tidak minat nanti semakin tertekan pulak.Responden 13 – Ya. Ini adalah kerana kelekaan dalam menghasilkan doodle membolehkan diri menjadi relaks dan bertenang tanpa memikirkan sebarang masalah lain.

Responden 14 – Doodle dapat mengurangkan tekanan.

Responden 15 – Ya. Namun ianya bergantung kepada individu itu sendiri, sejauh mana minat mereka terhadap Seni Doodle.Responden 16 – Tidak semestinya melakar doodle bagi diri saya mampu mengurangkan masalah tekanan dalam diri.
Responden 17 – Entah.

Responden 18 – Ya 80% boleh mengurangkan.
Responden 19 – Bergantung kepada tahap tekanan yang dihadapi kerana tidak semua pandai melakar doodle.
Responden 20 – Kalau mendoodle dengan kawan – kawan mungkin lebih mengurangkan tekanan.

Responden 21 – Pengurangan tekanan dari segi emosi.Responden 22 – Kadang-kadang ya.
Majoritinya, responden menyatakan dengan melakar Doodle mampu membantu mengurangkan masalah tekanan dalam diri mereka. Hal ini kerana si pelukis itu meletakkan dirinya di dalam lakaran tersebut untuk mewujudkan mood yang positif yang boleh mengembalikan keceriaan beliau dengan gambaran fantasi lakaran tersebut. Antaranya ialah emosi dalam pendirian diri dengan persekitaran yang kurang baik.
Bahagian E Soal Selidik Berkaitan Kreativiti Dalam Lakaran Seni Doodle Bagi
Menggambarkan Luahan Emosi.
Pengumpulan template Doodle dari 30 orang responden.

Rajah 4.13 Template Doodle Responden 1

Rajah 4.14 Template Doodle Responden 2

Rajah 4.15 Template Doodle Responden 3

Rajah 4.16 Template Doodle Responden 4

Rajah 4.17 Template Doodle Responden 5

Rajah 4.18 Template Doodle Responden 6

Rajah 4.19 Template Doodle Responden 7

Rajah 4.20 Template Doodle Responden 8

Rajah 4.21 Template Doodle Responden 9

Rajah 4.22 Template Doodle Responden 10
4.3 Data Keseluruhan
Berdasarkan analisis data borang soal selidik daripada 30 orang responden iaitu pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan, pengumpulan data yang diperolehi adalah bertujuan untuk memenuhi objektif dalam kajian penyelidikan ini, iaitu ;
Mengenalpasti potensi Seni Doodle sebagai salah satu medium terapi seni untuk membantu mengurangkan isu tekanan di kalangan pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan.
Secara keseluruhan daripada hasil pengumpulan data yang diperolehi, responden menyatakan bahawa Seni Doodle amat berpotensi sebagai salah satu medium terapi seni untuk membantu mengurangkan isu tekanan di kalangan pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan. Hal ini dapat dilihat melalui salah satu pernyataan. pendapat daripada responden yang menyatakan persetujuan bahawa Seni Doodle mampu mengurangkan tekanan dalam pembelajaran .

Menjelaskan jenis doodle yang berpotensi dalam menggambar lakaran untuk dijadikan sebagai salah satu terapi seni.
Berdasarkan daripada hasil pengumpulan data yang diperolehi, secara keseluruhannya responden menyatakan bahawa terdapat pelbagai jenis doodle yang berpotensi dalam menggambar lakaran untuk dijadikan sebagai salah satu terapi seni. Salah satunya ialah lukisan berulang – ulang dengan corak yang dihasilkan boleh dijadikan sebagai alternatif untuk meluahkan tekanan selain dapat mengurangkan beban masalah yang dihadapi. Di samping itu, ada juga berpendapat jenis doodle yang banyak digunakan adalah lebih kepada bentuk simbol atau karakter- karakter yang mudah tetapi padat.
Menjelaskan kaedah dalam Seni Doodle yang boleh membantu dalam mengatasi isu tekanan dalam diri seseorang itu.
Data keseluruhan yang didapati daripada hasil pengumpulan soal selidik yang diberi merumuskan bahawa Seni Doodle boleh membantu dalam mengatasi isu tekanan dalam diri seseorang itu dengan cara melakar atau melukis gambar dan bentuk-bentuk yang menggambarkan reaksi ekspresi diri mereka tanpa menzahirkan dalam bentuk verbal. Hal ini dapat dilihat daripada hasil lakaran Seni Doodle yang dilukis oleh 30 orang responden yang terlibat dalam soal selidik kajian ini. Lakaran lukisan yang dihasilkan menggambarkan ekspresi dan luahan emosi diri mereka.
Di samping itu, kajian penyelidikan ini juga disokong dengan teori yang digunakan iaitu teori Carl Jung di mana terdapat dua aspek penting dalam keperibadian iaitu sikap dan fungsi. Sikapnya terdiri daripada introvert dan ekstrovert , manakala fungsi dari sikap ini terdiri daripada thinking, feeling, sensing, dan intuiting.
Dalam kajian penyelidikan ” Potensi Seni Doodle Dalam Membantu Mengurangkan Masalah Tekanan Dalam Diri ” ini, sikap yang diutamakan dalam penyelidikan ini ialah sikap introvert iaitu individu ini lebih terdorong dengan sikap suka bersendirian dan kurang melibatkan diri dengan persekitaran sosial. Fungsi dari sikap introvert ini terdiri daripada thinking iaitu individu ini bersikap penuh pertimbangan, kreatif, mempunyai imaginasi lain, berfikir dahulu sebelum bercakap, dan suka bekerja sendiri. Dari segi feeling, individu ini lebih bersikap pendiam, pemalu, suka mengelamun, dan suka mengungkap perasaan dengan tulisan. Seterusnya, dari segi sensing individu ini suka berada di kawasan yang sunyi dan tenang, , minat dengan membaca, bersantai, tetapi mereka sukar bergaul dan bercerita. Manakala dari segi intuition pula, individu ini sering berimaginasi dan lebih mudah menyesuaikan diri dalam sebuah perhubungan.
Sehubungan itu, individu dalam sikap introvert ini akan mudah mengalami masalah dan adakalanya menghadapi pelbagai tekanan. Oleh itu, mereka perlu mencari jalan untuk mengeluarkan diri mereka daripada masalah yang dihadapi dan salah satunya mereka mengawal dengan menggunakan terapi seni di mana mengekspresikan luahan emosi mereka dalam bentuk seni.
Teori Carl Jung yang berkenaan memberi penjelasan yang sama dari segi kajian yang ingin dijalankan di mana medium terapi seni seperti melukis boleh membantu dalam mengekspresikan perasaan yang tidak dapat diluahkan dalam bentuk lisan tetapi diluah dalam bentuk seni.
5.0 GANTT CHART

Bab 5
5.0 Kesimpulan
Dalam penyelidikan ini, tajuk atau isu yang dikaji adalah berkaitan dengan potensi dalam Seni Doodle sebagai terapi seni dalam mengatasi isu tekanan di kalangan pelajar Seni Halus, Universiti Malaysia Kelantan. Kajian ini dibuat untuk mengenalpasti samada Seni Doodle berpotensi ataupun tidak sebagai salah satu langkah dalam terapi seni bagi mengatasi masalah tekanan yang dihadapi oleh pelajar.
Berdasarkan kajian yang ingin dikaji, penyelidikan ini dilakukan disebabkan oleh beberapa kenyataan masalah yang timbul di kalangan pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan. Antara masalahnya ialah pelajar terlalu tertekan dengan tugas sebagai seorang pelajar di mana mereka dibebani dengan lambakan tugasan dan projek yang diberikan oleh pensyarah kepada mereka.
Sehubungan itu, penyelidikan ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif yang dibuat seperti mengenalpasti potensi Seni Doodle, menjelaskan jenis doodle dan kaedah dalam Seni Doodle yang boleh membantu dalam mengatasi isu tekanan dalam diri seseorang itu.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai kes atau ‘ multi-case ‘ yang berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini berbentuk kuantitatif di mana pengumpulan data dari segi rajah dan jadual diguna untuk dianalisis. Kajian dalam bentuk kualitatif pula diguna untuk mendapatkan data yang melibatkan teori dan hasil kajian lepas untuk dibuat pemerhatian. Data ini didapati daripada kajian teori berkaitan seperti teori Carl Jung dan kajian dari artikel yang berkaitan.
Kaedah yang akan digunakan dalam mendapatkan data adalah melalui random sampling yang mempunyai beberapa kategori. Kategori yang dipilih untuk menjalankan mengikut kaedah ini ialah simple random sampling. Kajian ini memilih 30 orang pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan untuk disoal selidik, dan ditemubual untuk mendapatkan data yang ingin dikaji dan memberikan maklum balas terhadap proses penyelidikan menggunakan terapi seni iaitu melukis dan melakar Doodle berdasarkan template doodle yang diberikan.
Berdasarkan analisis data borang soal selidik daripada 30 orang responden iaitu pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan, pengumpulan data yang diperolehi adalah bertujuan untuk memenuhi objektif dalam kajian penyelidikan dan objektif ini dapat dicapai.
Secara keseluruhan daripada hasil pengumpulan data yang diperolehi, responden menyatakan bahawa Seni Doodle amat berpotensi sebagai salah satu medium terapi seni untuk membantu mengurangkan isu tekanan di kalangan pelajar Seni Halus Universiti Malaysia Kelantan. Hal ini dapat dilihat melalui salah satu pernyataan. pendapat daripada responden yang menyatakan persetujuan bahawa Seni Doodle mampu mengurangkan tekanan dalam pembelajaran . Responden juga menyatakan bahawa terdapat pelbagai jenis doodle yang berpotensi dalam menggambar lakaran untuk dijadikan sebagai salah satu terapi seni. Salah satunya ialah lukisan berulang – ulang dengan corak yang dihasilkan boleh dijadikan sebagai alternatif untuk meluahkan tekanan selain dapat mengurangkan beban masalah yang dihadapi. Di samping itu, ada juga berpendapat jenis doodle yang banyak digunakan adalah lebih kepada bentuk simbol atau karakter- karakter yang mudah tetapi padat.
Selain itu juga, hasil data yang diperolehi merumuskan bahawa Seni Doodle boleh membantu dalam mengatasi isu tekanan dalam diri seseorang itu dengan cara melakar atau melukis gambar dan bentuk-bentuk yang menggambarkan reaksi ekspresi diri mereka tanpa menzahirkan dalam bentuk verbal. Hal ini dapat dilihat daripada hasil lakaran Seni Doodle yang dilukis oleh 30 orang responden yang terlibat dalam soal selidik kajian ini. Lakaran lukisan yang dihasilkan menggambarkan ekspresi dan luahan emosi diri mereka.
Berdasarkan hasil kajian penyelidikan ini, terdapat pelbagai manfaat yang diperolehi samada kepada penyelidik mahupun audien luar untuk dijadikan sebagai sumber rujukan. Salah satunya kajian ini akan membantu golongan yang mencari jalan alternatif bagi mengatasi isu tekanan dalam diri di samping memberi peluang kepada orang lain untuk membuat kajian penyelidikan lanjutan mengenai terapi seni, Seni Doodle, dan sebagainya.
Oleh itu, penyelidik mencadangkan kepada penyelidik yang lain untuk meneruskan kajian yang berkaitan dengan terapi seni, dan Seni Doodle ini untuk mendapatkan maklumat yang baru dan memberi manfaat kepada audien.

Rujukan BIBLIOGRAPHY terapi seni alternatif bantu pulihkan tekanan . (2015, oktober 25). Retrieved april 20, 2017, from universiti utara malaysia official facebook: https://www.facebook.com/notes/universiti-utara-malaysia-official-fb/terapi-seni-alternatif-bantu-pulihkan-tekanan/1100691403289506
What Are The 5 Style of Doodling. (2016, Ogos 6). Retrieved Mei 19, 2017, from Type of Doodle Art: http://www.sparkletart.com/rsr/2016/08/what-are-the-5-different-styles-of-doodling.html
Anoviyanti, S. R. (2008). Terapi Seni Melalui Melukis pada Pasien Skizofrenia dan Ketergantungan Narkoba. Melukis sebagai Terapi Seni , pp. 72-84.

Doodle Art dan Pengertian Sejarah. (n.d.). Retrieved Mac 31, 2017, from Seni Doodle: https://bapabapa666.blogspot.my/2015/03/doodle-art-pengertian-sejarah-dan.html
Ed.D, S. S. (2004). Research Methods for the Social Sciences – made simple. Selangor: DSS Publising Enterprise .

Ibrahim, Z. B. (2014). APLIKASI TEKNIK ‘ART THERAPY’ DALAM MENEROKA KES BULI. Melukis sebagai Terapi Seni, pp. 1-5.

Juwita, T. P. (2013, Januari). EFEKTIVITAS DOODLING UNTUK MENINGKATKAN KEMAMPUAN. JURNAL ILMIAH PENDIDIKAN KHUSUS, p. 18.

Kriswidianto, D. (2016, Disember 9). Art Therapy ( Seni Terapi ) Dalam Ilmu Psikologi. Retrieved May 11, 2017, from Terapi Seni: https://www.facebook.com/prosolusiArtTherapy/posts/341829429529022:0
Kurniawan, B. (2014, Julai 3). GORESAN ANAK-ANAK SEBAGAI IDE PENCIPTAAN. Melukis sebagai Terapi Seni, pp. 1-16.

Ma’rufi, A. R. (2015, Mac 29). Doodle art, Pengertian Sejarah dan Teknik Menggambar. Retrieved Mei 10, 2017, from Book of Jomblo : https://bapabapa666.blogspot.my/2015/03/doodle-art-pengertian-sejarah-dan.html
Norsyehan, D. R. (2015, September ). TERAPI MELUKIS TERHADAP KOGNITIF PASIEN SKIZOFRENIA. Melukis sebagai Terapi Seni, p. 8.

Rafidah Kastawi, N. M. (n.d.). Terapi Seni dalam Kaunseling Pelajar Pintar dan Berbakat. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, pp. 147-166.

Safarin, N. N. (2016, Ogos 29). Rencana forum: Terapi Seni Meluahkan Emosi. Retrieved April 20, 2017, from Utusan Melayu (M) Bhd: http;//www.utusan.com.my/rencana/forum/terapi-seni-meluahkan-emosi-1.376020#ixzz4e1FiuJM9

x

Hi!
I'm Marlon!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out