Menu

Masalah yang dihadapi semestinya ada jalan penyelesaiannya yang mana mempunyai kaedah

March 13, 2019 0 Comment

Masalah yang dihadapi semestinya ada jalan penyelesaiannya yang mana mempunyai kaedah, model, teori, strategi yang boleh digunakan serta diteliti dan dikaitkan dengan proses untuk penyelesaian masalah yang dihadapi oleh Robert dan pengurusnya yang baru dan isu yang dihadapi oleh Robert dengan Janice iaitu pengurus barunya. Antara isu yang dikenalpasti tidak begitu gembira kerana pengurus yang baru diambil bekerja di jabatannya pengurus baru itu sangat keras kepala, tidak sopan ketika membuat permintaan dari orang bawahannya untuk melakukan tugas, Apabila Janice tidak berpuas hati,dan akan meledak dengan kemarahan di hadapan umum,dan Rogers berfikir sama ada untuk terus bekerja atau berhenti kerja.

Daripada apa yang telah dibincangkan dengan situasi kes di atas pelajar mampu memikirkan penyelesaian kepada masalah dan boleh mengenal pasti pelbagai model, teori dan strategi yang boleh diguna pakai untuk proses penyelesaian masalah, ianya mampu meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif antara pengurus dan pekerja , Untuk mendedahkan pelajar kepada pelbagai cara penyelesaian masalah yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian dan organisasi. Dan pengurus boleh memberi idea dan pandangan dengan menggunakan sumber yang berkaitan dan mengenalpasti masalah isu dan kes yang perlu diatasi dan menyelesaikan masalah dan mengenalpasti strategi yang boleh digunakan dan berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh Rogers.

Psikologi berfikir adalah sangat dipengaruhi oleh kemunculan teknologi dan PMI yang digunakan adalah cara yang sangat mudah serta berguna untuk membuat keputusan yang segera dan pilihan yang terbaik. Dengan meneliti kemahiran dalam menyelesaikan masalah pekerja dan pengurus pepalajar dapat menganalisis dan memahami kaedah penyelesaian masalah dengan profesional dan tepat, Pelajar juga mampu memberi idea-idea untuk menyelesaikan masalah antara teori yang digunakan adalah mencari idea dalam mengeluarkan kemungkinan, kaedah kitaran penyelesaian masalah, Menghasilkan idea, Dengan meneroka masalah dan mengetahui masalah yang dihadapi dan membina matlamat dan menetapkan matlamatnya.