Menu

Penubuhan program Kolej Vokasional

April 12, 2019 0 Comment

Penubuhan program Kolej Vokasional (KV) telah adalah cetusan idea daripada Transformasi Pendidikan Vokasional yang termaktub di bawah kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Transformasi Pendidikan Vokasional telah menetapkan matlamat bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran yang tinggi serta potensi untuk menjana pendapatan tinggi dalam mencapai Wawasan 2020 (KPM, 2013). Tiga aspek kompetensi pekerjaan dalam kurikulum Program Kolej Vokasional Kurikulum antaranya ialah bekerja, keusahawanan dan insaniah yang mempunyai empat aspek antaranya ialah pengetahuan, aplikasi, kreativiti dan inovasi. Pelajar kolej vokasional dilatih dengan kemahiran dan pendedahan pengetahuan untuk membangunkan sesuatu produk yang baru atau inovatif atau memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan bidang vokasional yang yang telah dipelajari melalui pendekatan program School Enterprise (SE) yang mendedahkan murid kepada aspek keusahawanan.
Pada 3 Ogos 2009, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) telah merasmikan Program School Enterprise (PSE) di Sekolah Menengah Teknik Ampangan yang kini juga dikenali sebagai Kolej Vokasional Ampangan, Negeri Sembilan. Program Kolej Vokasional adalah satu medium mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pelajar semasa di kolej untuk disesuaikan dengan dunia perindustrian yang sebenar di luar sana. Program Kolej Vokasional juga bermatlamat melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif, produktif, berdaya saing dan mampu berdikari (SMT Ampangan, 2009).

x

Hi!
I'm Marlon!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out